BRAND NEW LIFE
Hey Love...
Welcome to my brand new blog <3
Why buat baru??? Hmmm sajeee... Blog lama masih dikekalkan don't worry. Cuma blog ni aku nak jadikan as a diary. More like personal story of mine hmmm... Hahahaha. Don't get too excited guys. I'm not gonna tell every single thing of my life. It's too private. Aku tak nak differentiate blog ni dengan blog lama aku tu, sebab aku rasa function dia tetap sama. Aku akan story pasal hidup aku, dreams, love, crush and everything macam blog lama. Tak ada beze... no. Sama je. Hahahaha...
So, how's your day guys??? Getting better? Aku kat sini.... entahlah. Still homesick maybe. Okay, don't use word homesick... 'rindu rumah' okayy ... 'rindu family'. Tu jeee. Hahahaha. Konon kan. Actually, i'm not expecting my degree life will be stuck here in Perak. Aku mengharapkan Shah Alam. Well, come on sape je tak nak degree kat Shah Alam??
Ke aku sorang??? *jangan jadi munafik guys. U want it too don't you?*
Bukannya apa, Shah Alam ni dekat la sikit dengan rumah aku dan nak balik pun senang. Lagi satu kalau belajar kat Shah Alam ni takdelah merasa macam life diploma sangat. Student degree kat sana pun ramai. Takdelah sunyi sepi, sendu jeee hukhukhuk... *i'm gonna cry a river*
Seriously guys.... i'm not that happy to be stuck in here. Tapi, aku bersyukur i can continue my study... Ramai je orang yang apply tapi tak dapat, at least aku merasa sambung belajar lagi, dapat peluang yang bukan semua orang boleh dapat ni. I should be grateful. Allah dah aturkan cantik perjalanan untuk kita. All we need to do, just trust HIM. Walaupun kau rasa macam tak faham apa yang sebenarnya dia aturkan untuk kau. But, someday you will understand... and i will understand. Kadang-kadang.... yeahhh.... aku sendiri tertanya-tanya apa yang sebenarnya dia nak bagi kat aku. I have no clue at all... Tapi, takpelah someday like i said just now... i will understand. Aku akan nampak hikmahnya nanti In Syaa Allah.
Living by your own dekat kampus, memang boleh buat jiwa kau koyak. Okay, before i'm going further with my story... just bear in mind... degree life is not same as diploma life okayhh. It's totally different. Kelompok degree ni tak ramai macam kelompok diploma. Kalau dulu diploma ada lebih dari 5 kelas, now degree lebih kurang satu or dua kelas sahaja untuk one course. Aku dapat tau kat Shah Alam pun macam tu jugak. Ada member lama ambil kos ISE kat situ, dia kata kelompok kos dia kecik je. Memang Shah Alam ramai student degree means kelompok degree tu ramai but masing-masing lain kos. But, at least kelompok degree dorang kat sana ramai la kan. Boleh kenal dengan member-member berlainan kos. Berlainan dengan kampus sini yang kelompok dah la tak ramai, and kos kat sini pun ciput sahaja. Thats why aku kata hidup kitaorang kat sini sendu je. Bayangkan kalau student diploma dah cuti sem nanti, mesti lagi sunyi. *Suasana yang cukup tenang dan damai untuk studyyyyy lah sangat*
But, kampus sini sangat lawa. Aku boleh ootd hari-hari sebab pemandangan dia sumpah lawa giler. Macam ala-ala kolej swasta, tu tak dinafikanlah. Cafe sini pun banyak. *Tapi IFC tetap dihati* ---fyi IFC adalah cafe lama aku kat segamat.
This week i have to stay here *tak boleh balik :( * sebab hujung minggu nanti ada kem. Erghh #sisredho. Subjek untuk sem ni pun hmmm boleh lah tahan. Tak susah tak senang. Kena rajin study. Kau tak boleh nak lepak-lepak relax macam diploma dulu yee. Kena serius sikit. Please lah dah degree kan. Kena rajin explore and nota-nota pun kena search kat internet. Everything kena depends kat diri sendiri sebab kau dah besar, dah degree. Kau bukan budak lepasan spm lagi yee untuk sentiasa disuap. Kena cari makan sendiri, suap diri sendiri, kalau tersedak pandai-pandai cari air...jangan tunggu orang lain bawakkan mineral water untuk kau. Pi cari sendiri. Be an independent student. Me? Not so independent. Masih dalam proses belajar. Huhuhu. Doakan aku please.
Now, aku tengah dengar photograph by ed sheeran. Yeahh mood sentimental malam ni. Everyday is a sentimental day for me here. Siang tadi i've got no class. Petang tadi tengah boring-boring aku layan perasaan sekejab tengok Me Before You. Dah berapa kali aku ulang tayang cerita tu pun aku tak tau lah. Tu yang sampai ke malam ni keep on repeating photograph je ni. Tak boleh move on. I cry for keberapa kali entah everytime tengok cerita tu. Inspiring giler cite tu. Hari tu aku nampak novel dia kat bookstore. Dilema jugak la nak beli ke tak. At last, aku tak beli pun. Sebab bagi aku, dah tengok movie dia... dah lah tu. Nanti dah tak surprise bila baca buku dia. Haaa speaking of book, this may 'Always and Forever Lara Jean' by Jenny Han akan keluar. Woot woot... can't wait! Tak sabar nak tau ending Lara Jean dengan Peter Kavinsky <3. Hope for the best ending. Tolonglah jangan sedih-sedih. Set the date guys. This may. Aku tak sure berapa haribulan nanti aku tengok balik.
Orait, i think i should end this entry for today. Kang meleret lagi, tak larat pulak korang nak baca. Have a great night guys. Bye bye. Till we meet again. Nitee love...

Comments
Post a Comment