SELAMAT TINGGAL 2021

Lagi beberapa jam sahaja lagi tahun 2021 akan tamat. Aku bersyukur pada tahun ni Allah S.W.T beri semua yang aku inginkan. Alhamdulillah untuk mak ayah yang masih berada di sisi, Alhamdulillah untuk kawan-kawan yang baik-baik (walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, tapi saling keep in touch), Alhamdulillah tahun ni dapat bertemu semula & lepakss dengan kawan-kawan sekolah 😂, Alhamdulillah untuk pekerjaan yang aku miliki sekarang ni, Alhamdulillah untuk rezeki dan kehidupan yang baik pada tahun ini. Panjang kalau aku nak cerita perihal tahun ni. Banyak benda yang berlaku, banyak spontaneous decision yang aku buat dan banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang tahun 2021. 

Harapan aku untuk tahun 2022 adalah supaya family, kawan-kawan dan orang-orang yang aku sayang akan sentiasa di sisi aku. Semoga apa sahaja yang aku ingin lakukan pada tahun depan akan dipermudahkan. Semoga kejayaan dan kebahagiaan akan menjadi milik aku pada tahun 2022 ini. InsyaAllah...

Adios my lovely readers. Semoga yang baik-baik datang dalam hidup korang juga tahun depan. Jangan bersedih-sedih. InsyaAllah tahun 2022 ini akan menjadi tahun yang bahagia untuk kita semua. Aamiin...

Comments

Popular Posts