MEMORIES
I rajin hari ni nak menulis so yeahhh here i am....
Whats up guys.... It's been awhile....
Yesterday was my last day of internship and now i'm officially tanam anggur. Baru sehari duduk rumah dah rasa boring. Aku tak tau la nak hadap hari-hari mendatang nanti macam mana hahahahaha. Right now aku busy nak siapkan report. Haihhh i really hate report writing. Aku suka menulis ni tapi sejak akhir-akhir ni....i think writing dah jadi macam satu benda yang susah buat aku. Stress betul nak tulis-tulis report ni! Okay kita tinggalkan sekejab cerita mengenai report ni. The main point aku menulis malam ni adalah nak cerita pengalaman internship aku.
So, semalam adalah hari terakhir aku. Serius aku terkejut jugak kat diri sendiri sebab tak menangis. Good job nana! Finally kau dah tak hati tisu macam dulu. Aku ingat lagi intern zaman diploma aku menangis kowttt masa last day. Hahahahaha....memalukan! Sebenarnya aku memang tak nak pun nangis-nangis ni. Tapi aku ingat lagi masa tu...ada seorang pegawai IT ni. Masa dorang semua dah siap-siap nak balik...aku hantar la abang-abang ni kat pintu. Aku balik lewat sikit hari tu. Dia boleh bagi ayat sedih kat aku. Haihh apalagi kat pintu tu jugak aku banjir. Sumpah aku malu gila time tu! Aku menangis beria okay. Itu yang semalam aku dah siap-siap pesan kat diri sendiri "pleaseeee jangan menangis! Kau dah besar okayyy kau dah besar 😂". Hahahahaha. Tapi aku terharu la. Serius aku terharu dengan team unit aku siap dengan akak cleaner tempat aku yang memang aku dah rapat...dorang masak untuk aku guyssss! Ada sorang akak unit aku ni siap bangun pagi-pagi masakkan rendang untuk aku. Ya Allah terharu sangat. Why dorang baik sangat???!!! Sayang sangat kat dorang! Serius aku kata 5 bulan aku kat situ, dorang jaga aku dengan sangat baik. They really treat me as a family. Aku tak dapat nak balas segala kebaikan dorang semua. Thank you so much. I really loveeee my IT family!!!! Tak lupa jugak akak-akak unit lain yang pernah bekerjasama dengan aku selama ni, semuanya baik-baik. Intern kali ni, position aku lebih pada portal administrator. So, banyak la pengalaman yang aku dapat sepanjang menjaga company aku punya portal. Every info yang dorang perlu masukkan dalam portal, dorang akan email kat aku. Ada error dalam portal, aku kena betulkan and semua la yang berkaitan dengan portal. Thats really nice. Tapi, kadang-kadang everyday hadap benda yang sama pun boring jugak kan. Ada lah jugak kerja-kerja lain yang aku buat. Antara word yang selama ni aku tak tau wujud is 'sebutharga' 😂. Aku tak tau selama ni ada perkataan tu. Its something like tender la kan. I don't know much but, itu laaa perkataan yang aku baru tau hahahahaha. Aku macam excited gila dapat belajar perkataan baru. Noob gila. Actually banyak laaa benda baru yang aku belajar. Aku dapat join pergi training. Even on the first month aku masuk situ, banyak training yang dorang ajak aku masuk sekali which is soooo nice. Aku suka pergi training! Hahahaha. 5 bulan seems lama for me at first. Tapi, makin lama aku stay kat situ...makin sayang aku kat unit tu. Terus-terang aku bagitau, aku tak susah pun nak sesuaikan diri dengan semua orang di unit tu. Semua pun very welcoming, baik & friendly. Ada staff yang aku dah anggap macam mak aku kat situ...i think semua pun anggap dia as a mom in IT unit. Ada staff yang aku dah anggap macam kakak-kakak aku. Actually semua staff perempuan la aku anggap as a sisters. Ada jugak yang dah macam abang aku and dia je pegawai IT yang aku boleh bahasakan as abang sebab he really act like abang long aku dalam unit IT hahahaha. Ada yang macam ayah-ayah sangat...care pasal aku. Wehhh serius aku sayang sangat kat dorang semua! Senang cerita...aku boleh bekerjasama dengan semua orang kat situ dengan selesa baik staf lelaki mahupun perempuan. Semua pun baik-baik dan tak lokek ilmu. Sometimes, i'm just sitting there and perhati dorang fokus buat kerja...and being amazed. How they can handle so much pressure? How they can stay in that position dengan bebanan kerja yang banyak??? Memang aku respect dengan each one of them. Dorang memang sangat kuat!
I think i've already write too long right now. I want to save some things for me actually. Bukan semua benda aku boleh cerita sini. Tapi apa pun....kesimpulannya di sini, aku happy dapat kenal dengan semua team IT. Aku happy dengan pengalaman yang aku dapat. At least, i have some things to write on my resume. Aku happy dapat kenal dengan semua staf kat sana especially this one pengarah. I can't say pengarah cawangan mana. But, from the first time aku buat direktori lagi..bila aku tengok muka dia, aku dapat rasa aura dia. Dalam hati teringin nak berkenalan dengan dia. Alhamdulillah tuhan beri aku peluang untuk berbual dengan dia even dia pernah duduk sebelah aku nak mintak tolong. Time tu terketar-ketar kot aku hahahahaha. Tapi, dia sangat la soft spoken. The way he talks...menampakkan dia seorang yang sangat berilmu & susun atur ayat dia sangat cermat. I really adore him! Tapi, semalam aku tak dapat nak jumpa dia. Sedih jugak la. Kalau dia ada, aku nak bergambar 😜 hahahahaha. Kenangan okayhh! Dia je antara pengarah yang friendly selalu tegur aku. So, memang aku akan sentiasa ingat la cerita dia kann. Aku dah nekad nak sambung study sampai PHD so that , boleh dapat gelaran Dr macam dia. Amin.... Hahahaha. Bagi sesiapa yang tau aku intern mana mesti dapat agak pengarah mana yang aku ceritakan ni. He's a Dr guys...and everyone called him Dr ------tettt-----.
Itulah dia kenangan aku sepanjang praktikal di situ. Sedih sebenarnya bila mengenangkan lepas ni dah tak turun naik MRT pergi kerja. Dah tak payah sibuk-sibuk nak gosok baju kurung. Aku malas part gosok baju kurung ni sebenarnya. Everyday pulak tu. Alhamdulillah hari-hari tu telah berakhir. 😂 Lepas ni kalau kerja, biasanya as an IT person akan pakai seluar. Kalau kerajaan je hari-hari baju kurung. Ayu je sentiasa. Hahahaha. Penat tau nak acah-acah ayu everyday turun naik train pakai baju kurung. Hahaha. Okay la guys...sampai sini sahaja. Lain hari kita cerita lagi okay? Good night ❤
Comments
Post a Comment