HOLIDAY IS OVER

Hai semua,

It's been a while.

Alhamdulillah tuhan masih panjangkan diri ini untuk terus menulis pada malam ini.

Selesai sudah raya untuk tahun 2022. Tahun ini kami semua dikejutkan dengan raya sehari lebih awal. Kami menjangkakan syawal jatuh pada hari selasa, 3 Mei 2022. Tetapi, raya pertama adalah pada hari isnin 2 Mei 2022. Aku dan keluarga di kampung pun turut sama terkejut. Malam itu juga mak aku jerang nasi impit. Nasib baik mak lang ada masak rendang pada hari ahad tu sebab kami sekeluarga sudah mula tidur di rumah mak lang pada hari ahad. Ada lah juga makanan untuk dijadikan bekalan pada hari esok. Kami tidur awal jugalah pada malam tu sebab tengah malam nak bangun tahajud. Menjadi kewajipan kami sekeluarga untuk bangun pada satu per tiga malam pada malam aidilfitri. Antara salah satunya malam dimakbulkan doa. Esok pagi mak dan mak lang sambung kembali masak rendang daging dan kuah kacang. Aku seperti biasa bangun pagi juga untuk bersiap he he he... Aku bantu jugalah. Tapi, selebihnya mak lang dan mak yang memasak. Tugas aku lebih pada menghantar makanan ke jiran-jiran di kampung. Terus-terang aku katakan pada raya pertama tu, aku langsung tiada mood nak bersiap, make up ala kadar serupa tak make up pun ada. Baju kurung pun biasa (nothing fancy). Tudung pun pakai tudung bawal pergi office. Takde apa yang istimewa pun sebab kesudahannya  aku akan menghabiskan masa di dapur juga.

Alhamdulillah dari hari ahad sehinggalah pada hari ini (jumaat) kami sekeluarga bermalam di rumah mak lang. Seronok dia hari-hari memasak sepanjang kami sekeluarga berada kat situ. Hari-hari aku dapat makan sedap. Apa yang kitaorang nak makan semua dia masakkan. Itulah mak lang yang aku kenal. Suka sangat menjamu semua orang makan. Masakannya pun sangat sedap. Sekarang aku sudah pun balik ke rumah. Terasa rindu pula dengan mak lang. Padahal rumah dekat sahaja pun. Tapi feeling tidur kat sana sekeluarga tu seronok sangat. Ya, aku rasa sangat seronok raya tahun ni dapat tidur kat sana, makan masakannya hari-hari. Now, holiday is nearly over. Hari isnin depan aku masih lagi bercuti. Tapi, selasa dah kembali bekerja. Betapa cepatnya masa berlalu. Apabila kita dewasa ni, masa itu terasa pantas berlalu, kan? Semakin kita membesar, ibu bapa, mak cik, pak cik, atok, nenek kita semakin meningkat usia.  Rasa sebak pun ada. Tadi masa kami semua lambai untuk pulang, dapat lihat wajah sedih mak lang. Terasa sebak. Dia ada suruh kami balik pada hari ahad. Tapi, aku rasa terlalu lewat pula sebab hari isnin adik aku dah mula bersekolah dan abang aku pun kerja. Aku sorang je yang masih lagi cuti. Baju kerja tak gosok lagi. Aku pun mahukan waktu rehat di rumah juga. Jadi, aku beritahu pada mak abah 'kita kena balik jugak hari ini'. Memang terasa berat. Tapi, kita kena hadap juga realiti. Takkanlah esok dah nak sekolah, nak kerja, hari ahad tu baru nak sampai rumah. Huru-hara nanti.

I will remember this moment forever. I feel so blessed to have my family by my side. I hope it will stay this way. Tapi, aku tahu satu hari nanti aku bakal rasa kehilangan mereka juga. Seriously I'm not prepare for that. Aku harap sebelum mak ayah dan mak lang hidup lagi ni, aku dapat kenalkan my husband to them. Aku nak dorang sempat tengok aku berkahwin dan dapat anak. I know this sound impossible because I used to say that I won't be getting married. But, I know I have to get married. No one can live alone in this world. Actually deep inside of my heart, I know I want to get married. Tapi, keadaan yang kadang-kadang tu buatkan aku rasa perkahwinan ni menyusahkan. I know that's not true. Maybe one day InsyaAllah, jika tuhan izinkan aku berkahwin... aku akan kahwin juga. InsyaAllah. I hope I can find the one and be the good one for my future imam. Aamiin. InsyaAllah. Secara tak langsung dapat besarkan lagi keluarga kami.

Raya sebulan. Tapi, aku dapat rasakan minggu ni raya sudah pun berakhir untuk kami yang bakal bekerja pada minggu hadapan. Betapa cepat masa berlalu. Kita perlu hadap realiti, kan? Erghh I hate this part of life hmmm....

Comments

Popular Posts