NIGHT-THOUGHTS 2
Bila agaknya covid-19 akan berakhir?
Persoalan yang tiada jawapan. Kadang kala aku terfikir apa agaknya perasaan kaum keluarga yang kurang berkemampuan di luar sana yang hidup dalam keadaan yang tidak selesa, mengharapkan gaji hari untuk menampung perbelanjaan keluarga, televisyen pun tiada, telefon bimbit perlu berkongsi, data internet yang perlu dicatu hanya untuk kegunaan pdpr ataupun kerja. Sedangkan aku di sini yang hidup selesa dan punya bilik tidur sendiri masih jua merungut bosan. Betapa tidak bersyukurnya diri ini. Astagfirullah.
Tetapi, aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari untuk punya perasaan. Jangan menghukum diri sendiri kerana punya perasaan sebegitu rupa. Semua orang terkesan dengan situasi sekarang ini. Baik yang kaya mahupun yang tidak berkemampuan, semuanya turut terkesan. Tapi, sentiasa beringat bahawa jika kita rasa keadaan diri sudah cukup susah... fikirkan ada lagi yang lebih susah daripada kita.
Hari ini alhamdulillah aku telah selesai sesi mengemas rumah. Aku dah settle vacuum dan mop rumah. Kadang-kadang dengan hanya melakukan perkara yang kecil sudah cukup untuk membuatkan diri ini rasa lebih produktif. Jika hari ini anda berjaya bangun dari tidur dan membersihkan diri, bersarapan, mengemas rumah sedikit... I'm so proud of you. Don't ever look down on yourself, okay?
Duduk rumah ini sebenarnya membuka minda kau pada banyak perkara yang selama ni kau tak terfikir atau mungkin kau cuba untuk lupakan. Pandemik ni jugak membuatkan aku lebih banyak menghargai masa bersama keluarga. Sibuk itu jangan keterlaluan sehinggakan kita abai orang sekeliling. Kita tak tau berapa lama lagi masa yang kita ada bersama mereka. Buka minda dan lihat persekitaran. Perhatikan perubahan orang di sekeliling kita. Komunikasi tu penting. Macam yang aku tekankan sebelum ni, semua orang terkesan dengan pandemik ini. Jadi, banyakkan bertanya khabar orang di sekeliling terutama sekali kawan-kawan yang jauh. Jika kita lihat status/story kawan-kawan di sosial media yang memaparkan keadaan mereka yang sedang broken atau stress, please reach out to them. Sometimes, all you need to ask is 'Are you okay?', 'Hey, tengah buat apa tu?'. That words sometimes could save someone lives. Aku beri contoh diri aku sendiri la... bila aku tengah sedih, pertanyaan seperti 'Eh, kau okay ke ni?' pun dah boleh buat aku menangis dan rasa diri tu dihargai la. I really appreciate people yang suka bertanya khabar ni. Maksudnya dia tak lupakan la kita walaupun dah lama tak jumpa kan.
Baru-baru ni jugak aku ada reply story to one of my crush masa zaman intern dulu tau. Hahahaha. Bila aku fikir balik rasa macam tak sangka pun ada. What am I thinking at that time? Beraninya. Actually, bukan la baru sangat pun. Bulan lepas kot. Masa tu tengah kecoh kes suicidal ni semua dan apa yang ada dalam kepala otak aku hanyalah perasaan risau pada diri dia. Itu sahaja. Bila aku tengok dia buat story macam tu, aku terus reply on the spot. Takde fikir-fikir dah. Rupa-rupanya itu cuma scene anime. Hmmm... Aku ni bukan jenis tengok anime pun. Mana la aku tahu hmm. Time tu aku macam 'ohhhhhhh okayyyyyy'. 😅 Ada sedikit lol di situ hahaha. But, at least dia okay la kan. Itu yang penting.
Haihh whenever I think about him... I feel soooo weird. Tak tau kenapa. Dah berbulan tak jumpa. Macam mana la rupa dia sekarang kan. Mesti lagi handsome. Hahaha. Sometimes, I do miss him. Not him entirely la. Missing his voice je hahahaha. Susah tau nak cari guy yang punya suara macam tu. Aku tak tau macam mana nak explain. Tapi, suara dia tu macam jawapan bagi setiap persoalan aku selama ni. Hahahaha is that make any sense? I wonder if he ever think about me bila dia lalu meja aku dulu kat office? Hahaha soalan apa tu. Mestilah tak kan. Dia banyak lagi kerja lain nak fikir daripada fikir pasal aku. Kelakar bila fikir balik yang aku tak pernah sekalipun bercakap dengan dia walaupun kami satu bahagian. Ada je peluang nak bercakap dengan dia sebenarnya, tapi aku selalu elak. Yeahh thats me by the way. Bila aku dah start suka someone je mesti aku akan put up walls. Bad habit.
Dah berbulan aku keluar dari situ, tapi aku admit... from time to time aku teringat jugak kat dia. Walaupun I try sooooo hard to forget, tapi hati aku always find a way to remember him. Maybe my mind can forget, but my heart can't. Aku tak tau kenapa. Aku tak tau apa connection aku dengan dia sampaikan aku punya feeling macam ni. We're not friends pun. Dia tegur aku pun tak pernah, apatah lagi aku tegur dia. Aku tak faham la. Betul orang cakap, sometimes dalam kehidupan ni kita akan jumpa dengan seseorang yang akan beri impak yang besar dalam hidup kita. Walaupun pertemuan tu singkat, tapi impak yang orang tu berikan pada kita akan kekal selamanya. I think my feelings for him will never go out of style. Feeling tu sentiasa akan ada. Tapi, takpelah biar je la. Lama-lama nanti lupa la kan. Aku malas nak fikir. Sekarang ni I want to focus on myself and my family. Benda-benda lain tolak tepi dulu. Banyak lagi perkara yang aku nak fikir. Lagipun, buat apa nak buang masa ingat kat orang yang belum tentu lagi ingat kita. Betul tak? Haaa gitu.... hahaha macam sedih sangat je bunyinya. Life is too short for that, right?
Tapi, aku tak pernah menyesal berjumpa dengan dia sebab dengan pertemuan tu secara tak langsung membuka kembali perasaan aku untuk menyukai dan maybe menyayangi seseorang. Sejak zaman study... aku tak pernah ada rasa attached with someone and I always want to feel macam mana rasanya sayang dekat seseorang ni. Maksud aku sayang dekat selain daripada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat. Now, aku dah rasa dah. Walaupun tak dapat nak memiliki, tapi aku happy dengan perasaan yang aku ada ni. At least aku tau la yang aku ni tak la hati batu sangat kan hahahaha. Aku tak tau la mana datang nya rasa sayang ni tapi aku yakin aku bukan setakat minat or suka je kat dia... sebab kadang-kadang tu aku ada rasa risau kat dia. Perasaan tu datang tiba-tiba tau. Sometimes, bila aku tengah drive sorang-sorang. Tiba-tiba ingatan tu mai singgah 'Eh dia macam mana ya?'. Lepastu pulak bila aku dapat tau kat tempat kerja lama aku tu ada staf yang kena covid... the first person yang aku akan ingat adalah dia. 'Dia okay ke tak?'. Pelik tau. Macam aku cakap tadi, we're not even friends pun. Tapi that thoughts datang dengan tiba-tiba. Aku tak boleh nak control. Serius aku tak faham kenapa aku ada rasa macam tu. I wish someone could tell me why I feel the way I feel. Normal ke ni??? Hahahaha. I don't think it is normal tho. Thats when I realize... aku sayang kat dia ke ni? Sebab kau takkan ada rasa risau kat seseorang kalau kau tak sayang dia? Betul tak?
Tapi, takpelah aku cherish this feelings in a good way. Mungkinlah ini antara hikmah pertemuan aku dengan dia dulu, untuk aku kirimkan doa pada dia setiap kali aku teringat akan dia. Kau tau tak... kat dunia ni takde apa yang lagi indah selain daripada diri kau masuk dalam doa-doa orang yang berada disekeliling kau. Kenapa aku kata macam tu? Kita tak tau dalam banyak-banyak doa orang yang mendoakan kita ni... siapa doanya yang akan dimakbulkan tuhan. So, lagi banyak orang yang mendoakan kau, lagi bagus untuk hidup kau sebenarnya. Maybe thats the main reason why I met him in the first place. For me to keep on making dua for him. I don't always remember him on my dua pun, but bila ada masa-masa yang aku teringat tu... aku akan minta tuhan untuk jaga kan dia. Actually, bukan dia sorang je... everytime bila aku teringatkan kawan-kawan, dapat tau ada kawan yang sedang sakit or susah... hanya doa sahajalah yang mampu untuk aku berikan. Dalam situasi pandemik macam sekarang ni, kita nak jumpa orang pun tak boleh. Jadi, dengan doa sahaja yang boleh kita kirimkan pada orang-orang yang kita sayang. I think thats the great gift yang kau boleh bagi kot. Hidup ni ada limitation. Tak semua benda kau boleh tolong, hanya tuhan yang boleh bantu. Jadi, rajin-rajinkan lah berdoa untuk kesejahteraan orang-orang di sekeliling. Semoga doa tu nanti akan berbalik semula pada kau.
Tapi, bukanlah aku nak kata aku belum move on lagi. Fasa move on ni kau tak perlu nak lupakan orang tu pun sebab memang payah nak lupa. Jadi, kau kena belajar hidup dengan ketiadaan orang tu, biasakan diri dengan ingatan terhadap dia yang akan muncul pada waktu-waktu yang kau tak jangka dan dalam masa yang sama teruskan dengan perjalanan hidup kau. Pertemuan dan perpisahan semua kehendak tuhan. Jadi, berbalik semula pada dia. Tuhan takkan temukan kau dengan seseorang tanpa sebab. Tuhan juga takkan hadirkan sebuah perasaan tu tanpa sebab. Walaupun kadang-kadang tu aku rasa sedih jugak bila setiap kali teringatkan dia. Itu yang aku tak faham. Sampai sekarang aku tak faham dengan apa yang aku rasa ni. Aku pernah je ada suka someone sebelum ni. Tapi, aku tak pernah la pulak sampai ke tahap macam ni. Selalunya bila aku ada develop interest towards someone, that feeling akan berlalu macam tu je la. Bila dah lama tak jumpa, my mind akan slowly lupa. Tapi, kali ni tidak. Padahal dah more than 6 months since aku keluar dari my previous company. Tapi, my mind always find a way to remember him. Kadang-kadang tu bila aku dah macam lupa la kan kat dia, tup tup bila aku tidur, aku mimpi. Aku pun tak faham la. Sumpah aku tak faham. Normal ke benda ni semua? Bagi aku normal la kalau aku memang kenal dia and berkawan dengan dia. Ataupun dia memang pernah jadi boyfriend aku dulu ke apa. Tapi, ini tidak sama sekali. Bercakap pun tak pernah apatah lagi senyum. Itu pun satu hal jugak. Aku tak tau la kenapa when it comes to him susah sangat aku nak start a conversation. Dengan orang lain aku okay je. Complicated sungguh. Sometimes aku rasa takut dengan perasaan sendiri. The way I feel about him tu yang aku takut. Aku takut satu hari nanti bila aku dapat tau dia dah ada orang lain, aku akan heartbroken. Thats why I want to keep my distance and slowly try to tepis dia pergi jauh-jauh. But, it is hard for me to do so. Akan ada je benda yang buatkan aku ingat dia balik. Macam yang aku kata tadi. Dia muncul dalam mimpi pulak. Scary! Hahahaha. Tapi, aku kena hadam dengan perasaan ni. Siapa suruh develop this feelings in the first place kan. Kan dah susah nak lupa hahahaha. Padan muka. Bermain dengan api lagi, kan dah terbakar. Hmmm... Kalau aku tau it will end up macam ni, aku takkan pandang dia langsung dulu. Sakit tau hahaha.
Wow... panjangnya aku menaip kali ni, baru perasan. Oh gosh, aku dah merapu lebih sangat ni. I should stop. Aku nak cerita pasal lain, tapi tercerita benda lain pulak. Terbuka cerita lama hahahaha. Okay la guys... stay safe and get vaccinated okay. Dah dapat tarikh tu pergi je jangan fikir-fikir tau. Konspirasi pasal vaksin ni semua mengarut je lebih. Kesihatan tu lagi penting. Badan sihat, minda cerdas, ibadah pun sempurna... kan? Sorry la ya kalau penulisan aku agak berterabur. I try to improve. Itulah dah lama tak baca physical books. Tau baca news kat twitter je hahahaha. Okay take care everyone! See ya!
Comments
Post a Comment