DAY 2 - WORK FROM HOME

Hi guys...

How's your day so far? I'm feeling great by the way. It's really nice to stay at home with my family by my side. Sebenarnya bekerja dari rumah ni lagi multi-tasking tau. Pagi-pagi kau bangun mestilah nak tolong parents dulu buat kerja rumah. Memanglah my mom be like 'Takpelah...nana kan tengah kerja'. Tapi, takkanlah nak biar dia buat kerja sorang-sorang. Kita mengadap laptop. Kena pandai bahagi masa.

2020 really got no chill. Aku dah agak dah this year akan jadi kelam-kabut macam ni. Start Januari tu lagi dah macam-macam benda jadi. Haihh sabar je la. Ni first time aku hadap situasi macam ni sepanjang aku hidup. Ni pengalaman pertama. Dulu aku rasa adalah jugak wabak SARS. But, masa tu aku terlalu kecil untuk aku ingat. But, inilah kali yang pertama rasanya kerajaan isytihar bekerja dari rumah. Tak boleh keluar rumah segala bagai. Jerebu dulu pun libatkan pelajar je. Dorang je yang tak payah pergi sekolah. Kerja tetap berjalan macam biasa. Haihhh ya Allah harap-harap situasi akan semakin terkawal lepas ni. Aku sangat-sangat kesian pada pesakit yang terlibat dalam jangkitan covid-19 ni. Rasa sedih sangat tengok keadaan dorang semua. Dahlah kena kuarantin tak boleh jumpa family. Lepastu pulak kalau meninggal, family tak boleh nak tengok or dekat dengan jenazah 😭 Ya Allah aku tak boleh nak bayangkan keadaan tu. Mohon dielakkan terjadi pada ahli keluarga aku dan kenalan-kenalan terdekat. Amin amin.... Kesian jugak pada fronliners, doktor dan nurse yang bertugas. Betapa penatnya dorang semua dari pagi sampai malam. Minta diberi kesihatan yang baik pada semua warga yang bekerja di hospital seluruh Malaysia. Tanggungjawab kita sekarang ni just stay at home. Duduk diam-diam kat rumah. Itu je tugas kita. Susah sangat ke nak ikut? Malam semalam PM Malaysia kita YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin menggunakan bahasa yang mudah dan dengan cara paling santai 'duduk diam-diam kat rumah'. Kalau itupun tak faham jugak tak tau la kan. Maybe la ada sesetengah yang tak faham dengan term 'social distancing'. Tapi malam semalam beliau dah bagi ucapan dengan bahasa yang sangattttt mudah untuk difahami. Tolonglah dengar kata. Nak ke benda ni berlanjutan? Aku ni sejenis yang homebody jugaklah. So, setakat stay rumah 24/7 tu takde hal pun bagi aku. Tapi, aku dah biasa  setiap pagi/petang mesti kena jogging kat luar. Jadi, rutin aku dah lari sikit kat situ. Murung jugaklah sebenarnya. 😂 Tapi, demi kebaikan Malaysia aku turuti. Siapa lagi nak jaga negara kita kalau bukan rakyatnya sendiri. Aku tak faham masing-masing arahan yang simple macam tu pun susah nak ikut. Kalau memang ada emergency terpaksa balik kampung tu aku faham... Kesian jugaklah kalau waktu-waktu genting macam ni ada ahli keluarga yang kritikal di luar daerah. Harap-harap diberi kesabaran pada golongan macam ni. Aku tak dapat bayangkan situasi dia macam mana. Tapi, kalau sejenis yang saje-saje keluar dan menggunakan kesempatan ni untuk enjoy pergi sana sini tu... hmmmm rasa nak carut je tau. Jenis tak faham bahasa & pentingkan diri sendiri. Boleh pergi mamposss.... Serius aku cakap. Geram jeee...

Aku harap kepada semua yang membaca entry ni... jaga diri masing-masing ye. Semoga semua dilindungi oleh-NYA. Berdoa banyak-banyak agar kita dijauhkan daripada terkena jangkitan virus ni. Kepada sesiapa yang bekerja dari rumah tu... pandai-pandailah bahagi masa. I know its not easy especially yang dah berkeluarga. Mana nak jaga anak, nak memasak lagi... its not easy. (Alhamdulillah masih single) Harap kita semua diberi kesabaran. Dua minggu je. Jika dua minggu ini kita kawal pergerakan kita dan ikut arahan semasa... insyaAllah keadaan akan semakin terkawal. Kita pun akan dapat jalani rutin harian macam biasa. Sayangilah Malaysia. Okay guys. Thats all for today. Sempat lagi menulis blog kan hahahahaha. Tapi sekarang dah pukul 1 petang. Waktu rehat guyssss.... Pukul 2 sambung balik kerja 😋 Okay bye bye....

Comments

Popular Posts