Night-Thoughts

Hi semua,

Wow... It's really been a long time since I post something here.

Malam ni aku decide untuk menulis kat sini sekadar untuk meluahkan rasa hati. Sebenarnya antara sebab aku malas nak posting story kat sini adalah kerana aku takut kalau gaya penulisan aku bersepah. Jadi, aku lebih prefer old school punya cara, menulis dalam buku diari aku je. Tapi malam ni aku decide untuk berkongsi dekat sini because I think this is something yang relatable kot. Semua orang yang baca ni aku rasa boleh relate dengan apa yang aku alami sekarang ni.

Malam ni entah kenapa aku rasa terlebih risau.  Actually, aku dah beberapa hari duduk dekat rumah sejak aku resign dari my previous workplace. Kenapa resign? Aku resign sebab aku dapat kerja dekat tempat lain. Next month aku akan lapor diri.

Jadi, inilah dia main reason kenapa aku rasa risau sangat malam ni. Macam-macam benda bermain dalam fikiran aku. Antara ialah; 

"Is this what I want to do?"

"Is this the right decision?"

Aku rasa macam nak menangis. I am so nervous right now, I feel like I wanna cry out loud. As someone yang dah beberapa kali tukar tempat kerja, aku dah mula rasa penat. Tahun ni saje aku dah 2 kali resign termasuklah yang baru-baru ni punya. Next month I will enter a new place with a job that I really want, at the place yang strategic sebab aku boleh naik train macam dulu, with a position yang memang aku minat. But, I am soooo fckng worried right now. Sebenarnya aku tak suka tukar-tukar tempat kerja ni guys. Serius aku tak suka!!! It's hard okayy. Nak sesuaikan diri dengan environment kerja, nak adapt dengan a new job scopes... It's really hard for me. Sekarang ni apa yang aku risaukan adalah;

"Boleh ke aku carry job scopes kat tempat baru ni?"

"Environment kat situ okay ke?"

"Macam mana kalau aku rasa tak happy kat situ?"

Environment di tempat kerja adalah penting bagi aku selain dari kerja itu sendiri sebab bagi aku kalau environment toxic, diri kita pun akan mudah serap toxicity tu. I've been there and I know the feeling. Its really bad and I wish takde siapa kat dunia ni akan lalui benda tu dan aku pun trauma. Aku harap aku takkan lalui benda macam tu lagi. Energy kau boleh drained, mental kau koyak, panic attack, burn out dan sebagainya. Actually, semua ni berada dalam kepala otak aku sekarang ni. Aku sentiasa akan ada moment macam ni dalam hidup aku tau. Hari-hari yang lepas takde rasa apa. Malam ni sedang aku tengah baring... relaks atas katil... suddenly I think about this matter... and dia datang sekali dengan pakej takut, risau, sedih, down... I can cry anytime je ni. Ke semua ni sebab aku nak period tak lama lagi. Aku selalu kalau beberapa hari lagi nak period mula la rasa nak menangis tiba-tiba. Erghh I hate being a women. Hormon tak menentu. But, seriously guys... tell me I'm not the only one yang rasa macam ni? Tell me you guys jugak pernah rasa benda ni. 

Aku perasan bila umur aku dah pertengahan 20an ni, aku mula risau banyak perkara. Risau pasal hidup. Risau pasal karier. Sometimes, I feel like this is what I want in life. But, turns out its not good for me. Sekarang ni aku dalam fasa, aku nak try everything. I wanna take risks in life. Aku tak nak nanti bila dah tua, aku rasa menyesal sebab tak pernah cuba. At least, I can say that I try walaupun benda tu fail. Betul tak?

I really hope this next job akan menjadi job yang aku suka dan mampu untuk aku bawa. Being an IT person meaning that dalam apa sahaja role yang kau bawa, kau akan sentiasa belajar benda baru sebab IT ni meluas dan sentiasa berubah. So, you have to cope with new challenges over time. Its fun and exciting but its also very tiring. So, goodluck to anyone yang rasa nak pursue their career or further studies in IT field. Kalau rasa tak minat, don't go for it. Don't do it for the money if you have no passion towards it. Bidang ni bukan untuk nak dapatkan gaji tinggi, nak kumpul duit. No! Kau akan burn out if you do it for the money. But, if you do it for the sake of your passion, InsyaAllah semua akan jadi mudah sebab kau memang minat. So, kau tak kisah nak go beyond your job scopes and willing to learn new things. For now, IT masih lagi bidang yang aku minat. I do love working in IT field. 

Aku pernah try tau nak ceburi bidang graphic designer... dan pernah dapat jawatan as a graphic designer pun. Tapi, macam yang aku bagitau tadi. Kau rasa kau minat benda tu, tapi benda tu bukanlah yang terbaik untuk kau. Aku cuba okay. Konon mula-mula job hunting nak lari dari bidang IT. Memang tak nak la kerja bidang IT ni. Nak try apply jadi graphic designer sebab aku rasa minat aku masa tu suka buat design. Aku dapat jawatan tu at a well known company jugak. I go for their training for 2 days. Aku train dengan staf graphic designer yang nak resign tu. Dia ajar aku semua. Tapi, sepanjang sesi pembelajaran tu, hati aku macam tak boleh nak terima tak tau kenapa. Tapi, I convince myself ... aku minat bidang ni. Lepastu, terkeluar dari mulut staf yang ajar aku tu tau. Dia tanya aku, dulu belajar kos apa? Bila dia tau yang aku ni background IT, terus dia tanya kenapa nak lari bidang? Bukan ke IT banyak peluang kerja? Gaji pun lagi tinggi. Graphic design ni sesiapa pun boleh buat. (Okay this statement is not true. Kalau sesiapa je boleh buat design, kenapa ada kos graphic design kat Univesiti kan. So, statement yang ni aku tak setuju. Graphic design is not easy.)

At that time, aku macam tersentak sikit. Aku apply for that role untuk learn more about graphic design. Masa tu skill aku dalam designing pun biasa biasa je. Tapi, aku decide dengan first job as graphic designer tu la aku nak belajar lagi. But then again, bila budak tu (staf tu baya baya aku je. muda lagi) kata macam tu, aku jadi tergamam kejab. Balik rumah aku fikir balik ayat dia tu. Kenapa aku nak susahkan diri explore benda yang bukan bidang aku. Why? Aku tak cuba lagi kerja dalam bidang IT tapi aku dah terus give up tak nak try. Why not I give it a try kerja dalam bidang yang memang aku dah belajar selama 5 tahun ni. Lepastu, tengok macam mana. Boleh survive ke tak? Kalau tak boleh, baru la aku terjun bidang kerja lain. First job adalah penting untuk kita letak dalam resume kan.  So, I decided to reject the offer as graphic designer kat situ and start to apply role IT. Alhamdulillah, I think I made a right decision. But, from time to time aku akan dapat imposter syndrome macam ni la... 'where I feel I don't deserve the job, I'm not good enough' bla bla bla.... Yeahh this is what I feel right now. I really feel like I'm not good enough for this upcoming job. I feel so scared Ya Allah. Takut nak masuk tempat baru & nak kenal dengan orang baru. I'm really scared Ya Allah... and I don't know what to do.

Aku hanya mampu tawakal je sekarang ni. Allah SWT takkan beri aku sesuatu kalau aku tak mampu nak buat. Setiap pemberian DIA adalah yang terbaik. I should trust HIM. DIA tau apa yang terbaik untuk aku. Jangan risau benda yang belum jadi kan? Letakkan pengharapan 100% pada DIA. Doakan aku kuat guys. Doakan aku supaya stop overthinking. Being an overthinker is not easy guys. Not easy hmmm....

Okay, this is it. I think I should stop. So, goodnight my beautiful people. May we meet again in another entry. Bye...

Comments

Popular Posts