THIRD DAY WORKING
Week 1 is nearly ended. Tomorrow is already friday and then weekend's coming!!! I can't wait hahahaha 😂 Padahal cuti 2 hari je pun. Tapi, tetap tak sabar jugak kan.
So far, kerja baru ni sangatlah best and a bit challenging jugak. Tapi, sebab aku minat dengan apa yang aku buat, so its all good! Kali ni position aku as a DBA, aku dapat lebih banyak pendedahan lagi dari segi penggunaan tools and software, jadi benda tu buatkan the overall experience are much more exciting berbanding dengan pekerjaan DBA aku yang sebelum ni. Aku harap rasa semangat ni tak pudar la over the time, kan? Hahaha jangan awal-awal je aku semangat lepastu nanti lemau 😂
Tapi, alhamdulillah. That's the best part working in IT field tau. Selain daripada bidang ni challenging sebab teknologi sentiasa berubah-ubah, tapi banyak benda kau boleh belajar. Secara tak langsung jugak boleh improve lagi your technical skills. Apalagi bila kau working in a software company yang provide solutions to the client. Everyday kau akan belajar benda baru and face different issues. Best! Tapi, stress! Hahahaha. That's why minat tu sangat penting ya anak-anak. Takde minat, semua benda tak jalan. If you are currently in this field dan masih tercari-cari kerja, banyak je guys kerja dalam bidang IT ni. If you guys tak suka coding, go for Business Analyst, Software Tester or Project Coordinator or any other roles yang involve more on documentation. Minat coding lagi bagus, boleh kerja Developer, Software Engineer, Programmer (Semua ni role dia sama je, tapi nama je yang lain). Nak lari bidang pun boleh, apply for administration, customer service, or anything. For me, belajar la kos apa pun as long as we have a good attitude and willingness to learn, kita boleh berjaya dalam apa je pekerjaan. Actually, big boss lama aku pun pernah bagitau benda ni. Attitude sentiasa no 1, lepastu baru datangnya skills. Pandai macam mana pun seseorang tu tapi attitude teruk, kau takkan ke mana. Lebih kurang macam tu la nasihat dia pada aku dulu sebelum aku berhenti. I love my time working in that company. Big boss, head department, project team semua baik-baik. Aku jumpa ramai talented people along the way and kat situ juga la aku dapat my first DBA role. Pengalaman aku kat situ yang membawa kepada pekerjaan baru aku yang sekarang ni. Alhamdulillah.
Setiap perjalanan kita kat atas muka bumi ni semua ada hikmah dan sebab yang tersendiri tau. Tuhan takkan tujukan kita pada sesuatu tempat tu tanpa makna disebaliknya. Semua ada hikmah tau guys. Mungkin kau rasa pekerjaan kau yang sekarang ni sucks gila, tapi maybe hikmah dia adalah kau dapat bertemu dengan kawan-kawan yang baik atau kau dapat pengalaman dan skill yang berharga kat situ yang boleh membuka peluang yang lagi cerah untuk kau pada masa akan datang. Who knows? Macam pengalaman aku, dapat kerja kat tempat yang agak panas after aku habis je degree dua tahun lepas. Tuhan je yang tau betapa penatnya aku dari segi mental. Tak termasuk lagi dengan menangis setiap hari after balik kerja. Turun je dari office, dah meleleh air mata sepanjang perjalanan nak ke mrt station. Tapi hikmah dia adalah aku diberikan pendedahan awal akan dunia pekerjaan yang sebenar. Walaupun ianya terlalu awal sebenarnya untuk aku hadap situasi yang macam tu dulu, tapi aku bersyukur. At least, aku dapat kawan-kawan seunit yang baik and dapat berjumpa dengan hmmm 'that one person'. Hmmm yeahhh. I kinda miss that person, you know. But, yepp let's forget about it. Walaupun kerja kat situ dulu tak banyak sentuh teknikal sangat sebab aku lebih kepada project management tapi best la jugak. Cuma technical skill kurang la. Thats why masa kerja situ dulu, aku curi-curi tolong manage portal, design web banner... walaupun thats not part of my job scopes. Hahahaha. My superior dulu bising tau bila dia dapat tau aku tolong another staff buat benda lain yang bukan skop kerja aku, sebab dia kata nanti orang ambil kesempatan. Aku tau benda tu dan ada je certain people yang memang take advantage pun sometimes. Aku bila orang ambil kesempatan, aku sedar je tau sebenarnya. Tapi, bagi aku takpelah. Duit gaji diri sendiri yang tak berkat kahkahkah. But, yeahh semua pengalaman yang aku hadap adalah sangat-sangat berharga dan aku hargai sampai sekarang. Jadi, kesimpulannya semua yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya yang tersendiri sama ada kau sedar atau tak je.
So thats all for today's entry. I hope you guys enjoy with my stories and don't forget to subscribe my channel hahahaha. Okay la guys, I'm so sleepy. Bye bye... Jumpa di lain waktu dan hari okay. Have a nice day ahead!
Comments
Post a Comment