Night Talk

October is nearly ended. How time flies so fast.


Ohh yeah...btw, I just finished doing my work at 12am. See... how hard I worked today. You know what? I am so close to cry just now because I cannot copy my backup from another server? Erghhh so frustrating. I'm so glad my superior came along to help a junior DBA like me hahaha. There's a trick on how to solve the issue rupanya. Baru aku tahu hahahaha. Berbaloi jugak la stay up sampai malam buat kerja. Dapat knowledge baru. Boss aku sangat bagus tau. Dia tau aku tengah buat task tu, dia pun sama stay up jugak sampai la aku update dalam group. After I finished doing it, dia terus verify dan tambah apa yang perlu. Aku respect gila dengan dia. Not only him, but my second superior also is a really nice person. Overall, my team is the best team I have ever had in my entire working life. Walaupun berlainan bangsa, tapi kerjasama tu sangat bagus. Alhamdulillah.


Okay, dah kebetulan aku buka cerita tentang kerja ni... aku nak terangkan la apa sebenarnya bidang kerja seorang DBA. Kepada sesiapa yang berminat bekerja sebagai Database Administrator (DBA) kat sini, bolehlah teruskan membaca ya. Sesiapa yang tak berminat, boleh berhenti sampai di sini sahaja. Malam ni aku masih dalam mood kerja lagi sebab baru je selesai buat kerja, so yeahh why not kita bercerita sikit kan. Shall we?


Setelah lebih kurang 2 bulan aku bekerja, ini apa yang aku faham apa bidang kerja sebenar seorang DBA (Junior)

1) Kita harus mahir bab installation dan environment setup. (Hal ini termasuklah operating system, database, domain, etc) Tapi benda ni lebih untuk kita nak install database tu la. Sebelum nak install database, mesti la kena ada proper OS, set IP address, domain access dan sebagainya. Jadi, semua benda ni kena tahu).

2) Kena tahu macam mana nak grant access. Benda ni penting sebab sebagai DBA, kita la super user. Jadi, kita yang akan control user mana yang boleh access certain database.

3) SQL Queries wajib tahu. Basic knowledge pun dah cukup. You will learn along the way. 

4) Knowledge in DB backup and restoration. Macam mana nak take backup and copy the backup. Then do the restoration. Apa yang kena prepare bila nak buat backup and restoration. Tak tau? Google dan belajar sekarang. Tahu basic je. Nak tahu sepenuhnya kena masuk sendiri dalam bidang ni dan hands-on. Belajar teori je tak boleh.

5) Kena tau Operating System (OS). Windows simple je kan. Semua orang tau pakai windows. Now, kita fokus pada linux, ubuntu..etc. Belajar cara nak setup dia. Study all the basic command. If korang mahir guna linux, memang bagus. Market tinggi tau untuk orang yang pandai pakai linux ni. Jadi, belajar dari sekarang.

6) Kena tahu penggunaan Virtual Machine (VM) sebab hari-hari kita akan hadap benda ni bila bekerja sebagai DBA. How to create a VM? Nak create VM pakai platform apa?

7) Kena tahu guna remote desktop connection. Ini untuk kita remote PC/laptop orang lain or nak remote server. Simple je pun (orang bukan kerja DBA pun tau kot. Tapi, kita as a DBA memang hari-hari akan guna untuk remote masuk ke dalam server).

8) Tahu penggunaan Active Directory (AD). Part ni kena kerja dulu baru tahu macam mana cara nak guna. Boleh je google tapi diri sendiri kena pakai dulu baru faham. So, abaikan benda ni. Explore sikit-sikit tu boleh la.

9) Knowledge in infra pun sangat penting. Kalau nak cepat naik dalam bidang ni dan ada keinginan nak bergerak secara solo dan buat freelance, better mahirkan diri dalam infrastructure. Tahu kerja DBA dan dalam masa yang sama pandai infra, perghhh campak mana-mana pun boleh hidup. Nak demand gaji tinggi pun takde siapa kisah sebab memang layak!


Actually, banyak je lagi. Tapi selama 2 bulan inilah kerja-kerja yang aku selalu buat day to day. At the same time,  aku pun buat kerja as a System Administrator jugak. Jadi, double la bidang kerja aku sekarang ni. Tapi, so far  boleh adapt lagi. That's why everyday tu aku rasa Ya Allah penattttt sangat. Tapi, puas la. Baru-baru kerja ni semangat tu tinggi lagi la kan hahahaha. Harap-harap berkekalan la.


Jadi, itulah dia serba sedikit bidang kerja aku yang sekarang ni. Rasa berminat? Silakan. Sangat-sangat dialukan. Ohhh ya... aku nak listkan attitude apa yang korang kena ada untuk nak jadi seorang DBA:

a. Kena ada sikap rajin. Rajin explore 😁. Dapat error? Explore to find the solution. Jangan bila dapat error je terus give up. Kerja bidang IT ni kau berkawan dengan google je. Tak dapat result yang kau nak, pergi google. Easy.

b. Attention to details. Data boleh corrupt dengan hanya salah taip dan tersilap tekan. Tak boleh berangan la cerita dia. Dalam bab lain kau tak fokus takpe, tapi bila kau dah start buat kerja, minda kau kena betul-betul fokus. 

c. Jangan takut untuk bertanya. Kita junior ni memang banyak benda tak tahu. Even senior pun sometimes ada benda yang dorang tak tau. Lagi bahaya kalau takut nak tanya. Kau tersalah database ke apa, tersilap masuk server ke... tak ke bahaya tu. Jadi, banyakkan bertanya. 

d. Jangan takut untuk meminta. Hahahaha maksud aku adalah, kalau kau kerja as a DBA tapi company bagi kau laptop... try request untuk dapatkan PC. Ataupun, cuba untuk minta dapatkan monitor. So that, mata kau tak sakit hadap skrin kecik kat laptop tu. Kita main dengan DB ni sakit mata wehh kalau tengok skrin kecik. Actually, satu monitor pun tak cukup. You need to have at least 2 monitors. Kau bayangkan ya, kalau kau remote 2 server dalam satu masa dan kau hanya pakai 1 monitor.  Tak ke payah hidup kau asyik nak minimize je kerja. Efficiency dah kurang kat situ. Mata kau boleh sakit dan kepala kau pun boleh pening. Peratus untuk buat salah tu pun makin tinggi sebab asyik minimize dan kau takkan sedar kau berada dalam server yang salah. Yeahh itulah salah satu contoh dia betapa tak efficient nya seorang DBA kalau dia ada 1 je monitor or hanya berharapkan skin laptop semata. Dual monitors at least.

e. Rajin buat dan kemaskini dokumen. As a junior DBA, kita banyak benda kena belajar dan perlu belajar. Jadi, rajinkan diri tulis dokumen setiap hari. 

f. Kena ada sifat urgency. Contoh; kalau kau terima task tu hari khamis, cuba untuk siapkan hari khamis tu jugak melainkan ada isu lain yang berbangkit. Jangan tangguh sebab working with database ni take time tau. Nak tarik data tu je dah berjam. Itu kalau success. Tiba-tiba fail pulak. Kena tunggu lagi. Makan masa serius. Jadi, jangan tangguh. Dapat task, terus buat sebab kau tak tau isu apa yang akan kau dapat bila kau dah run the task. Lagi cepat kau buat, lagi cepat dapat tau.


Banyak lagi la sebenarnya tapi ni je yang aku boleh fikir sekarang ni hahahaha. Best je kerja ni walaupun agak stress. Tapi, kalau minat tu dah ada just go ahead. Minat tu paling penting. Dalam apa-apa bidang pun, minat tu sangat penting. Takde minat, semua kerja tak jalan. 


So yeahh,  I think this is the longest posting ever yang pernah aku tulis setakat ni. Woww. Patutlah lenguh tangan aku menaip hahahaha. Okay la guys, see you guys in my next post ya. Good night.


-2.35am-


Comments

Popular Posts